Thursday, August 14, 2014

Menjejak Peneroka awal Kg Sungai Bugis Perlis

Saya bersama sama penduduk kampung ini ingin menjejaki orang lama yang mula menerokai Kampung ini. Ini di buat apabila menerima komen dari cucu peneroka awal kampung ini yang kini berada di sarawak.

Ini Komen beliau,

"Salam nama sya wahidi Hj Padupai..arwah nenek sya HJ LABAK menurut cerita ayah sya adalah generasi terawal dlm pembukaan dan penerokaan kpg Sg Bugis nenek sya selepas tu berhijrah ke serawak dan menetap di serawak..sya ingin sekali utk merapatkan silaturahim yg arwah nenek sya mulakan dulu...di harap ada pihak yg sudi menhubungi sya di alamat email iapudap7@gmail.com...tkasih"

Kepada siapa yang kenal atau biasa mengenali HJ Labak atau waris haji Labak atau kawan kawan Hj Labak yang masih ada di Sungai bugis atau seluruh Malaysia, sila komen di bawah. Kepada cucu cicit lain di mana dato nenek mereka peneroka awal sila maklum disini.

Sila komen di bawah agar mudah kita kenal pasti anak cucu cicit peneroka awal Kampung sungai bugis, perlis ini

Kepada HJ Padupai terima kasih atas maklumat penting ini, moga kita bejumpa di kampung ini suatu hari nanti. Di Perlis nenek ialah bagi perempuan dan Tok wan atau Datok bagi pihak lelaki,

Gambar Sungai sediada kini, Sungai Bugis

Jalan Utama kampung Ini, Mini Tar

Tuesday, January 14, 2014

Petang di kg sg bugis

Geng sungai bugis suatu petang di atas pondok kg sg bugis, gambar ini dari webcam laptop, cuba buat post dengan live webcam. he he


Monday, October 14, 2013

Majlis Korban 15 Okt 2013 Kg Sg Bugis

Majlis Korban 15 Okt 2013 Kg Sg Bugis, Alhamdulilah dapat di selesaikan,walau pagi tadi ada hujan.Hujan berhenti kira kira 30 min kemudian. Majlis di adakan di rumah Ayahda Kamis Chat.

Gambar Semasa:
Majlis Korban 15 Okt 2013 Kg Sg Bugis

Majlis Korban 15 Okt 2013 Kg Sg Bugis